Khamis, 20 Februari 2014

Bersihkah Sikat Anda? Cara Bersihkan Sikat Rambut.

Bebaru ni daku menyedari ada beberapa benjolan kecik kat kulit kepala daku. Bila diraba-raba, rasa mcm jerawat. Ewwwwww gelik babe! Tak cukup dengan muka berjerawat, kepala pun nak berjerawat jugak. Aiyeeerr.. =(

Sebagai seorang wanita bertudung, daku mementingkan kebersihan rambut & kulit kepala. Sebelum pakai tudung, daku make sure rambut betul-betul kering & bersih. Daku juga guna syampu & conditioner yang sesuai untuk jenis rambut daku. Tudung & 'anak tudung' pun semestinya kena bersih sebab taknak kepala berbau kopam. #hehe So bila rasa ada jerawat kat kepala, daku puasss lah terpikir-pikir penyebab Miss Pimpy berhijrah ke atas ni pulak. Pikir punya pikir, daku tersedar yang daku dah lebih kurang setahun tak bersihkan sikat. Setahun weh! Shish busuk punya olang. No wonder la Miss Pimpy & konco-konconya datang. Maka dengan pantasnya daku terus memulakan aktiviti membersihkan sikat daku menggunakan teknik 'berus & rendam'. Uishhhh kemainnnn..

Ni benda yang korang perlu untuk bersihkan sikat:

1. Air Suam
2. Cuka putih (daku guna Cuka Buatan Cap Tamin)
3. Cecair pencuci tangan (handwash) atau apa-apa liquid soap. Guna syampu pun boleh.
4. Bekas - untuk rendam sikat nanti
5. Berus gigi lama yang dah tak pakai.
6. Tuala kecil yang bersih (daku guna face towel je)

Cara-cara:

1. Basuh sikat korang kat bawah air paip yang mengalir (running water). Letak sikit handwash atas berus gigi lama & berus sikat tu sampai korang yakin dah bersih. Gituuu..

2. Basuh sikat tu under running water.

3. Campurkan air suam, cuka putih & handwash dalam bekas yang sesuai. Rendam sikat dalam campuran tu. Tak kisahlah rendam berapa lama pun. Ikut suka korang lah.

4. Basuh bersih dengan air paip, lepas tu lap sikat sampai kering dengan face towel. Settle! =)

Cara ni sesuai untuk sikat tau, bukan berus rambut. Kalau korang ada cara lain, atau cara untuk bersihkan berus rambut, sila lah share dengan daku. Bersihkan sikat korang dalam 2 bulan sekali. Kalau rajin, boleh buat sebulan sekali. Kalau laaaagi rajin boleh buat seminggu sekali. Silalah jangan jadi mcm daku, dah setahun baru teringat nak bersihkan. Aiyerrr.. #straightface





Isnin, 17 Februari 2014

Do It Yourself: Penyegar Cuka Epal (Apple Cider Vinegar Toner)

Daku sememangnya penggemar apple cider vinegar (ACV) selepas dikenalkan oleh seorang doktor yang pernah merawat daku masa masuk hospital, tahun lepas. Memang banyak rupanya benefit ACV ni. Tapi cerita kebaikan ACV, cerita masuk hospital, atau camne doktor tu boleh suruh daku try ACV ni, bebila nanti lah daku cerita kay.. Sekarang ni nak cerita pasal toner ACV, yang boleh buat sendiri kat rumah. Resepi DIY toner ni daku dapat dari blog Tasty Yummies dan daku dah modified sikit untuk kesesuaian sendiri.

ACV ni memang bagus untuk kulit (especially kulit muka yang senang tumbuh jerawat macam daku ni haa -acne prone skin katanyaaa..). Antara sebabnya kerana ACV besifatkan antiseptik & antibakteria dan membantu mengimbangi PH kulit kita. Bila dah balance, kulit bersih dan tak tersumbat makanyaaaa jerawat pun tiadaaa! Yay!!

Ok so bahan-bahan yang diperlukan:
ACV (Seperti biasa daku guna jenama BRAGG. Korang nak guna brand lain pun takpe tau..)
Minyak tea tree a.k.a tea tree oil (Daku guna brand AIKEN, sbb murah. #senyumlebar)
Air mineral
Botol yang bersih / dah disterilkan

Air Mineral, ACV & Tea Tree Oil

1. Tuangkan mineral water ke dalam botol. 

2. Tuangkan ACV dalam botol yg dah diisi mineral water tadi. Sukatan tu bergantung pada korang. Daku suggest kalau first timer, try masukkan sikit je dulu sebab takut tak serasi dengan kulit korang kan..

3. Masukkan beberapa titik tea tree oil. Nak letak banyak pun boleh. 

4. Tutup botol dengan ketat & goncangkan botol, untuk bagi campuran tu bergaul mesra sesama mereka. Cewahhh..

5. Siap! 

This is my second mixture. So far lepas dah habis sebotol, jerawat mmg berkurangan & cuma datang bila 'setiap bulan pada masa tu'. Parut jerawat pun pudar. Yang paling best husband daku selalu tegur "Muka you macam dah okay sikit eh?" #yay  Daku tak boleh tunjuk gambar before & after, sebab niat daku masa try buat toner ni mmg untuk fight Miss Pimpy yang dah lama jadi rakyat tetap kat wajahku ini. So mmg takde amik gambar ke apa ke.. Ngeeee..

Lebih kurang macam ni la rupa toner ACV. Warna bergantung
pada sukatan ACV korang. 

 Extra Tips 

* ACV ni bau masam tau, dengan lebih detailnya bau lebih kurang stokin yang dah berbulan tak basuh. Seriuss.. #buatmukaserius 

* Tea tree oil tu daku masukkan dalam campuran toner untuk hilangkan bau masam tu. Tea tree oil jugak berkesan untuk kasi halau itu Miss Pimpy. Korang boleh letak lavender oil kalau suka, minyak rosemary.. minyak apa-apa yg korang suka lah. Tapi tak payah la pepandai nak campur minyak dagu ke..minyak senyonyong ke.. Itu ngang namanya.

* Parut jerawat kat muka daku yang pudar tu cuma parut gelap je tau. Parut berlekuk-lekuk mcm jalan tak berturap tu masih ada tau.. Yg itu kena guna Mederma. (Google "mederma")


This is another way for me to save on my cosmetics, sebab kebanyakan bahannya tahan lama & murah. Yang lagi best, it works for me. Hopefully this will work for you too. =)

Rabu, 12 Februari 2014

Do It Yourself: Scrub Gula Perang & Madu

Sejak jadi wife & fulltime student ni, daku banyak buat produk kecantikan berasaskan bahan-bahan dapur. (cewahhh.. produk kemain..)  Sebabnya untuk nak save $$$ lah.  Antara yang daku baru cuba buat ialah penyegar (toner) dan jugak lulur (scrub). Hari ni kita cerita macam mana nak buat lulur dulu ohkay.. #bigsmile Daku dapat resepi untuk lulur ni dari satu magazine omputih (tak ingat dah nama majalah tu). Bahan-bahannya daku ingat pulak sebab semua tu memang sentiasa ada kat dapur rumah ibundaku ini.. Ok jom mula!

Bahan yang diperlukan:
Gula Perang (Brown Sugar)
Madu Lebah (kalau boleh madu asli, organic)
Apple Cider Vinegar atau dlm BM nya cuka epal (daku guna jenama BRAGG. Apa-apa brand pun boleh..)

Biasanya daku main agak-agak je untuk sukatan bahan-bahan ni, cuma daku lebihkan brown sugar supaya campuran tu tak berair. Cara nak buat nya senang je. Campurkan kesemua bahan ni. Dah siap! (Huyai! Copek boto!)

Scrub yang dah siap. :)

Cara menggunakannya pulak.. Hmm itu rasanya tak payah ajar lah eh. Pepandai korang lah. #evillaugh

Daku guna homemade scrub ni untuk kaki dan juga badan. Kenkadang daku guna jugak untuk bibir. Macam scrub yang lain jugak,  jangan lupa sapukan losyen pada area yang telah dilulur untuk melembapkan kembali kulit kita (at least daku buat macam tu lah. Hehe!). Kat muka daku tak berapa berani nak scrub guna homemade scrub ni, sebab teksturnya yang agak kasar. (Takut terlebih sental kat muka, hancus muka akak dikkk..)

Selamat mencubaaa!! :D

Selasa, 11 Februari 2014

Resepi: Ayam Masak Halia Super Simple

Daku ni jenis yang baru nak start masak, so kalau level masak tu masih level beginner lah. Sebab belum power lagi, daku try masak yang sesenang dulu macam masakan ni ha. Resepi Ayam Masak Halia Super Simple. Resepi dari ibunda daku (thanks Mama!!). 

Bahan yang diperlukan: 
Minyak masak untuk menumis
2-3 ulas bawang putih - hiris nipis. (Sebenarnya tak kisah la mcm mana pun. Hehe!)
3-4 inci halia (agak-agak je ni) - bahagi dua bahagian. Satu bahagian racik halus. Satu lagi hiris nipis. 
2 keping dada ayam - potong kekecik 
2 susu besar kicap manis (daku guna Kicap Manis ABC)
3 sudu besar kicap cair
4 sudu besar oyster sauce 
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit air
Garam, gula sebagai perasa (optional sebab dah letak kicap-kicap tu kan..)

Cara masak:

1. Gaulkan dada ayam dgn kicap manis, kicap cair, oyster sauce, minyak bijan, serbuk lada hitam dan halia yang diracik halus. Perap (marinate) selama 1/2 jam. (Nak marinate lagi awal pun takpe..)

2. Panaskan minyak & tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan dada ayam yang dah marinate, dan halia yang dihiris nipis tu. Kacau rata yea puan-puan..

3. Masukkan air untuk bagi lauk ni berkuah sikit. Biarkan sampai ayam masak, dalam api sederhana besar.

4. Rasalah sikit! (kalau rasa mcm kureng sikit.. boleh tambah garam & gula secukup rasa)

5. Siap dah.