Khamis, 21 Ogos 2014

Wordless Wednesday


Basuh tangan ni penting okayyy.. Amalkan!

(Ini adalah Wordless Wednesday yang diterbitkan pada Thursday. Sajaaa.. #masukair)
Gambar dari Google Images

Khamis, 14 Ogos 2014

Review: Homemade Nasi Goreng Budu

"Demo lo nih tak supo muloo tok beghraaniiii kawe nok tegoooooo.."

Hehe! Untuk entry kali ni daku saja memasukkan element Kelantan pada intro tu, saja nak feel Kelantanese sikit. :) Daku memang penggemar makanan Kelantan seperti Laksam (perghhh!!) dan juga Nasi Kerabu (double pergghhh!!!) eventhough daku seorang oghrang Nismilan.

Sebenarnya daku nak cerita yang hari tu daku ada masak Nasi Goreng Budu. Sebab budu ni originated frm Kelantan, maka daku rasa resepi nasi goreng ni adalah berasal dari negeri Che Siti Wan Kombang tu. Resepi diambil dari blog Keinginan Hati kepunyaan Pn. Iman Zulaikha (Thnks for sharing sis! :) ) Tapi daku ada modified sikit agar dapat ngam dengan selera & tokak Nismilan daku yg sememangnya suka makanan pedas.

Bahan-bahan sama dengan Pn. Iman Zulaikha, cuma daku tak pakai Ajinomoto, sebab tak sukakan rasanya dan jugak daku tambahkan cili api, untuk rasa 'terbakar' sikit dalam mulut. (Maafkan saya atas kederhakaan memodify resepi ini Ihik!) So inilah hasilnya..


                                                           
Rasanya memang terbaik boss! Lebih kurang macam nasi goreng ikan masin, cuma agak mild berbanding rasa ikan masin yang "tajam" tu kan. CUMA (jeng..jeng..jeng..) daku mengalami situasi resdung yang agak power selepas makan nasi goreng ni. Pelik jugak, sebab selalunya makan nasi kerabu ada budu masak, budu mentah semua tu takde pulak daku bersin bersin. Tapi takpelah, sekali sekala hachoom sana hachoom sini #sneeze Meriah sikit rumah. Hihi!

Daku memang semestinya akan buat lagi nasi goreng budu ni, sebab masa masak hari tu memang enjoy makan sensorang je. Nanti nak try buat for family pulak. Korang pun jangan lupa cuba k. Take care!