Khamis, 30 Januari 2014

Sakitnya Period Pain!

Seperti kebanyakan wanita, daku juga mengalami masalah senggugut yang most of the time sangatlah mengganggu rutin harian daku. Hanya orang yang kena je tahu betapa terseksanya jiwa raga kita menahan sakit tu kan? Kadang-kadang sakit pinggang, kadang-kadang sakit kepala, seolah-olah perut tu rasa cramp. Ada tu siap muntah-muntah dan sejuk seluruh badan. Pengalaman daku sendiri, pernah terpengsan kat sekolah masa Form 4 sebab dah tak boleh tahan sakitnya. Bila period pain tu datang, memang semua hal pun kita tak boleh buat lah. Rasa nak baring je dalam selimut, posisi macam udang. Haishhh..

Cik adik ni gaknya tgh tahan sakitlah ni. Sabar dik..
Gambar dari Google Images
Sebenarnya ada bermacam-macam cara untuk kita menangani senggugut ni. Salah satu cara ialah makan makanan seimbang & berkhasiat. The best way is ALWAYS to eat healthy supaya kita dapat semua vitamin yang diperlukan badan untuk 'lawan' senggugut/period pain ni. Lebihkan jugak pengambilan zat besi (iron) yang biasanya terdapat dalam sayur bayam, ubi kentang, jagung, daging merah pada waktu datang bulan. Kurangkan makanan berasaskan tenusu (susu, cheese/keju dll) dan minuman bercafein macam kopi, teh. Minuman berkarbonat pun elakkan. Senang cakap, ini kerana semua itu boleh buat kita kembung dan buat kita semakin tak selesa pada waktu datang bulan.

Juga amalkan minum air suam dan kurangkan minuman sejuk  pada waktu datang bulan. Kalau boleh jangan minum langsung air sejuk. Daku tak tahu kaitan saintifiknya air sejuk dgn mengurangkan period pain ni, cuma mendengar petua orang lama. (Kalau korang tahu, sila lah share dengan daku ohkay..)

Untuk nak legakan period cramp, boleh jugak gunakan hot water bag atau beg air panas yang boleh kita beli kat mana-mana farmasi dengan harga yang murah. Cara guna, masukkan air panas dalam bag tu lepas tu letakkan pada area yang sakit. (Kalau taknak beli, buat sendiri pun boleh. Cuma masukkan air panas dalam botol yg tahan panas.) Cara ni dapat bagi kelegaaan sementara pada sakit pinggang atau area yang cramp tu. Another way is by having hot bath atau hot shower. Mandi air panas ni memang layan. Kesan nya sama, cramp akan berkurangan dan kita akan rasa lega je.

Satu lagi cara daku nak hilangkan sakit period adalah dengan mendekatkan diri dengan halia. Yup, HALIA. Daku amalkan makan makanan yang mengandungi halia, contohnya macam nasik putih makan dengan ayam halia ke.. (Sedap weh!) & sup ayam (makan pepanas.. hirup slowly.. memang layannn). Selain daripada tu, daku ada jugak sapu krim halia bara (tak kisahlah brand apa pun..) kat pinggang & area yang cramp. Halia mampu memanaskan badan & 'membuang' angin dalam badan. So dengan makan halia, badan jadi segar je masa dalam tempoh tu. Memang melegakan!
Hot Water Bag / Beg Air Panas
Gambar dari Google Images

Selain daripada tu, amalkan bersenam. Daku perasan kalau daku rajin sikit bersenam, mmg bulan seterusnya bila period tak berapa sakit & boleh handle cramp tu. Bila kurang aktiviti senaman, boleh terasa agak parah keadaan daku pada bulan depannya tu. Macam-macam senaman boleh buat, ada yang suka senaman seperti yoga & ada jugak yg suka senaman seperti aerobik, main game spt badminton, tennis, futsal. Tak kisahlah kan, asalkan bergerak aktif.

Kalau boleh masa dalam "kesakitan" tu, pakai pakaian yang selesa (one-piece) macam baju kelawor ke (kaftan tu lah), baju tidur ke.. Bagi daku keselesaan tu penting, especially bila 'setiap bulan pada masa itu". Keselesaan tu boleh bantu kita untuk relax sambil handle sengggugut. Satu lagi tips, alihkan perhatian kita dari sakit tu dengan perkara yang boleh melekakan kita. Cuba main game ke.. habiskan masa dengan Facebook, Twitter ke.. blogging ke.. (ehem!). Dengan cara ni fikiran kita secara tak langsung boleh 'ter'focus kat hal lain, takdelah asyik nak layankan senggugut je.

Bila dah teruk sangat, rasanya the best way is to go directly to the doctor & mintak nasihat daripada doktor. Rasanya elok kalau kita berjumpa terus dengan doktor sakit puan. Badan kita ni tak sama dengan individu lain so mungkin cara nak 'melawan' senggugut ni pun berbeza. Jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan & nasihat doktor, jangan tanggung je sakit tu. Semua penyakit insyAllah ada penawarnya, kenapa kita nak biarkan je sakit tu kan?

Pendapat peribadi daku, jangan ambil sebarangan pain killer tanpa nasihat dari doktor. Sengugut je, makan itu makan ini. Jangan. Walaupun mungkin sakit tu hilang, tapi kita tak tahu kesan jangka panjang.  Lebih elok dapatkan nasihat dari pakar, dengan itu kita pun akan dapat jaga diri kita dengan betul & sebaiknya.

(Perghhh.. banyaknya menceceh! Hehe!) Apa yang daku share kat sini cuma berdasarkan dari pengalaman daku. Mesti korang laaagi banyak tahu tips untuk mengurangkan period pain kan? Share lah! Nak tahu jugak cara korang.  Pada yang tak ada masalah period pain tu, sesungguhnya anda adalah golongan yang bertuah. Bersyukurlahhh!! Until next time, stay healthy. (Pergi kau wahai senggugut! Keluwor! Keluwor!)