Khamis, 20 Februari 2014

Bersihkah Sikat Anda? Cara Bersihkan Sikat Rambut.

Bebaru ni daku menyedari ada beberapa benjolan kecik kat kulit kepala daku. Bila diraba-raba, rasa mcm jerawat. Ewwwwww gelik babe! Tak cukup dengan muka berjerawat, kepala pun nak berjerawat jugak. Aiyeeerr.. =(

Sebagai seorang wanita bertudung, daku mementingkan kebersihan rambut & kulit kepala. Sebelum pakai tudung, daku make sure rambut betul-betul kering & bersih. Daku juga guna syampu & conditioner yang sesuai untuk jenis rambut daku. Tudung & 'anak tudung' pun semestinya kena bersih sebab taknak kepala berbau kopam. #hehe So bila rasa ada jerawat kat kepala, daku puasss lah terpikir-pikir penyebab Miss Pimpy berhijrah ke atas ni pulak. Pikir punya pikir, daku tersedar yang daku dah lebih kurang setahun tak bersihkan sikat. Setahun weh! Shish busuk punya olang. No wonder la Miss Pimpy & konco-konconya datang. Maka dengan pantasnya daku terus memulakan aktiviti membersihkan sikat daku menggunakan teknik 'berus & rendam'. Uishhhh kemainnnn..

Ni benda yang korang perlu untuk bersihkan sikat:

1. Air Suam
2. Cuka putih (daku guna Cuka Buatan Cap Tamin)
3. Cecair pencuci tangan (handwash) atau apa-apa liquid soap. Guna syampu pun boleh.
4. Bekas - untuk rendam sikat nanti
5. Berus gigi lama yang dah tak pakai.
6. Tuala kecil yang bersih (daku guna face towel je)

Cara-cara:

1. Basuh sikat korang kat bawah air paip yang mengalir (running water). Letak sikit handwash atas berus gigi lama & berus sikat tu sampai korang yakin dah bersih. Gituuu..

2. Basuh sikat tu under running water.

3. Campurkan air suam, cuka putih & handwash dalam bekas yang sesuai. Rendam sikat dalam campuran tu. Tak kisahlah rendam berapa lama pun. Ikut suka korang lah.

4. Basuh bersih dengan air paip, lepas tu lap sikat sampai kering dengan face towel. Settle! =)

Cara ni sesuai untuk sikat tau, bukan berus rambut. Kalau korang ada cara lain, atau cara untuk bersihkan berus rambut, sila lah share dengan daku. Bersihkan sikat korang dalam 2 bulan sekali. Kalau rajin, boleh buat sebulan sekali. Kalau laaaagi rajin boleh buat seminggu sekali. Silalah jangan jadi mcm daku, dah setahun baru teringat nak bersihkan. Aiyerrr.. #straightface





1 ulasan:

  1. WynnBET Mobile App - JT Hub
    WynnBET is 부산광역 출장안마 a newly launched mobile application that lets you access 포항 출장샵 and download and 경상남도 출장안마 manage your favorite Las Vegas hotel 강릉 출장샵 and 아산 출장샵 casino games. Download for free and use

    BalasPadam